SYAIR PERPADUAN

Hadirnya hamba kasih terbentang
Berdiri teguh bangsa di julang
Hakikat hidup bukan kepalang
Untuk mencari perpaduan terbilang

Ikatan terjalin satukan ummah
Menuntut bangsa mesra dan ramah
Rapatkan kasih sekalian jemaah
Moga mendidik bangsa berhemah

Kita hidup dalam kedamaian
Saling mengajar erti ketenangan
Elak segala bencana permusuhan
Supaya hidup bahagia dan aman

Duduk bangun bangsa sendiri
Untuk membentuk jatidiri
Jangan biarkan hasad dengki
Kerana ianya  tidak bererti

Dengarlah lagi ungkapan hati
Membentuk perasaan naluri diri
Kita tetapkan untuk berbakti
Dalam bangsa perpaduan sejati

Cahaya hati, Cahaya diri
Cahaya suci, Cahaya mimpi
Bertaut kasih  di dalam diri
Meresapi bahagia  nan abadi

Lihatlah tinggi awan berarak
Matahari memancar kian bergerak
Tambahkan semangat laksana Tun Perak
Kekuatan diri jadi penggerak

Sekian dahulu lontaran harapan
Moga diteruskan segala perjuangan
Membentuk bangsa dalam perpaduan
Demi mencapai segala impian

No comments:

Post a Comment